Pelakon Faezah Elai menjawab tanda tanya netizen apabila memuatnaik gambarnya bersama suami, Heykal Hanifah di Instagram.

Jelas Faezah, perkongsian itu diharapkan dapat menghentikan persoalan punca dia tidak berkongsi gambar bersama suaminya di media sosial selama ini.

"Nilah mapley kami... Mmpa dok kalut tanya pasai apa IG hakak tak dak gambaq laki hakak.. haa nahhhhhhhh!!!!

"Ni bukan Aquaman, ni Aquariuman!!

"Lepaih ni tak yah sibuk dah... Nak tengok gambaq laki hakak sila tengok IG dia lah wey!! @heykalhanifah

"Tengok IG hakak gambaq Pejah Elai lah! Tak kan nak boh gambaq ampa pulak," tulisnya di Instagram.

Ni lah mapley kami.. ampa dok kalut tanya pasai apa ig hakak tkdak gambaq laki hakak.. haa nahhhhhhhh!!!! Ni bukan Aquaman,ni Aquariuman!! Lepaih ni tkyah sibuk dh.. Nk tgk gambaq laki hakak sila tgk ig dia lah wey!! @heykalhanifah Tgk ig hakak gambaq pejah elai lah!! Tk kan nk boh gambaq ampa pulak.. adehhh.. . My Skincare @officialpurestbyfaezahelai . Slimming Drink @slende.fit . #takletakgambaqlakidepakatatakbahagia #niIGpejahelai #husbandandwifey #skincare #purestbyfaezahelai #skincarejunkie #beautyjunkie #slimmingproduct #slendefitbyfaezahelai #beautyblogger #influencers #faezahelai #lovelovelove #feelingblessed #alhamdulillah

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on


Rata-ratanya terhibur dengan perkongsian Faezah, namun memahami pendirian pelakon itu untuk tidak terlalu terbuka berkongsi perihal rumah tangganya kepada umum.

Laman Instagram Faezah kebanyakannya dipenuhi dengan posting berkaitan kerjaya, perniagaan dan kehidupannya bersama anak-anaknya.

Berbeza dengan suaminya, Heykal pula sering berkongsi gambarnya bersama Faezah dan kehidupan keluarganya di Instagram.