Pelakon cantik, Fasha Sandha berkongsi sikap merendah diri yang ditonjolkan oleh Datuk Aaron Aziz.

Fasha dan Aaron kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri terbaru yang bakal menghiasi slot Megadrama, Patah Sayap Bertongkat Paruh.

Fasha yang menyarungkan uniform sekolah memuat naik sekeping foto bersama Aaron di laman Instagram miliknya dan memuji pelakon itu menerusi ruangan kapsyen.

Dato Aaron. Beliau adalah seorang dato yang humble. Dia terlalu sempoi.. sampai beberapa kali i mintak maaf kat Aaron sebab lupa panggil dato but he said tak payah panggil Dato sbb kita dah kawan lama ?? #patahsayapbertongkatparuh @hj.zil @aarondwiaziz

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


"Datuk Aaron. Beliau adalah seorang Datuk yang humble. Dia terlalu sempoi.

"Sampai beberapa kali I minta maaf kat Aaron sebab lupa panggil Datuk but he said tak payah panggil Datuk sebab kita dah kawan lama," tulis Fasha.

Namun begitu, di ruangan komen, netizen lebih tertarik kepada kecantikan Fasha dan memperkatakan mengenai penampilan aktres itu yang sentiasa kelihatan awet muda.



Patah Sayap Bertongkat Paruh merupakan drama bersiri terbitan Zeel Production dan bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Drama bersiri itu merupakan hasil adaptasi novel berjudul sama karya novelis Hana Ilhami.

Selain Fasha dan Aaron, drama bersiri itu turut dijayakan oleh Zarul Husin, Aman Aziz, Amelina, Cat Farish, Jalil Hamid, Elly Mazlein dan ramai lagi.