Penyanyi Sufian Suhaimi mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila memuat naik sepotong ayat berbahasa Inggeris di laman Twitternya malam tadi.

Ayat itu bagaimanapun tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

"You're an expert at making yourself look stupid. I'm impressed," tulis Sufian di Twitter.

Biarpun tidak dapat dipastikan punca entri terbabit, netizen terutama peminat setianya terus memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral.

Baca: "They Are So Positive!" - Bekas Kekasih Sufian Suhaimi Hadir Ke Majlis Resepsi Elfira Loy

Malah, ada yang menasihati Sufian untuk bangkit dan memberikan sepenuh fokus untuk Anugerah Juara Lagu ke-32 yang akan berlangsung awal Februari nanti.






Mengimbas semula kata-kata Sufian, lagu Di Matamu yang bakal berentap di pentas AJL32 itu disifatkan lagu paling sedih tahun 2018.

Baca: "Orang Tahu Apa Terjadi, Saya Rasa Terbayar!" - Sufian Suhaimi Lega Di Matamu Ke AJL33