Bekas kekasih kepada penyanyi Sufian Suhaimi, Izyan hadir ke majlis resepsi perkahwinan pelakon Elfira Loy dan suami, Faris Khairol Anuar.

Sebelum ini, Elfira yang merupakan bekas tunang Sufian pernah didakwa menjadi punca keretakan hubungan antara Izyan dan penyanyi lagu Di Matamu itu.

Elfira memuat naik foto kehadiran Izyan di majlis resepsinya menerusi laman Instagram miliknya.

i should also thank this lady besides me for everything she does for me & mama , who knows kita kenal cara lain tapi hikmah perkenalan itu kearah lain. Thank you for coming to my wedding ✨ May Allah repay your kindness & semoga dipercepatkan jodoh jugak ? . Thanks izyan ?

A post shared by ٢٤ | ?? | Selfie is ma thangg (@elfiraloy) on


"I should also thank this lady besides me for everything she does for me & mama, who knows kita kenal cara lain tapi hikmah perkenalan itu kearah lain.

"Thank you for coming to my wedding. May Allah repay your kindness & semoga dipercepatkan jodoh jugak. Thanks Izyan," tulis Elfira.

Izyan juga meninggalkan ucapan di ruangan komen entri terbabit.



Rata-rata peminat memberikan komen positif kepada Izyan dan Elfira serta turut mendoakan agar Izyan dikurniakan jodoh yang baik.