Berkongsi momen terakhir sebelum berpisah dengan ibunya, Mark menjentik hati peminat.
Menerusi sepotong video yang dimuat naik Mark di Instagramnya baru-baru ini, ibunya kelihatan sebak untuk melepaskan Mark pergi.
Mark pula berkali-kali memeluk ibunya sambil ditemani isteri, Norazah Redzuan disisi.
"Syukur Alhamdulillah ya Allah bagi kami jumpa Mak, semoga panjang umur Mak.
"We can never repay the love and everything that you have given us but we’ll make sure ur happy everyday Insyaallah," tulisnya pada kapsyen video terbabit.
Momen menyentuh hati itu meraih perhatian peminat serta rakan artis yang turut sama merasai kesedihan itu.