Tiada rasa kecewa bagi juara Gegar Vaganza musim kedua (GV2), Siti Nordiana apabila single terbaharunya, Hatiku Milikmu mengambil masa lama untuk diputarkan di corong radio.
Kata Nana, perkara itu lumrah sebagai seorang penyanyi dan dia tidak pernah meletakkan sebarang target untuk sesebuah lagu popular dalam tempoh tertentu.
"Bukan senang nak senang, saya pun sudah biasa apabila lagu saya lambat atau mungkin langsung tidak dimainkan di radio.
"Itu perkara biasa sebagai penyanyi. Biasanya saya sudah bersedia secara mental, sesebuah lagu baru akan mengambil masa enam bulan hingga setahun untuk popular.
"Tak bermakna kalau lagu tak dimainkan di radio, saya dianaktirikan.
"Saya pun perlu ikut prosedur. Alhamdulillah, lagu Hatiku Milikmu sudah mula diputarkan di radio dan saya rasa lega," katanya kepada Gempak.
Nana juga tidak menolak persaingan dengan ledakan populariti lagu penyanyi baharu (BBNU) menjadi faktor lagunya lambat 'panas'.
"Peminat penyanyi BBNU kuat daripada penggunaan media sosial, jadi mereka akan cepat mengundi untuk lagu artis kesayangan mereka dimainkan di radio dengan cepat.
"Manakala, peminat saya pula terdiri daripada golongan pertengahan usia dan berkerjaya, jadi mungkin mereka tiada masa untuk berperanan sepertimana peminat muda," tambah Nana.
Selain itu, Nana tidak menolak pemilihan lagu untuk menjadi OST drama boleh melonjakkan populariti sesebuah lagu itu.
Hatiku Milikmu ciptaan sendiri Nana telah dilancarkan sejak April 2018 dan muzik videonya menampilkan pelakon Alvin Chong dan Fikry Ibrahim.
Sehingga kini, muzik video Hatiku Milikmu mendapat lebih 6 juta tontonan di YouTube.
Amri Hassan
Tue Jan 08 2019
Netizen Serkap Jarang Tuduh Peminat Nadhir Nasar Sebagai Terlalu Obses, Ini Respons Tuan Punya Badan
Mengakui ia bukanlah hal yang besar, Nadhir berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan video tersebut.
Ruhainies Kongsi Kisah Sebenar Video Di Lapangan Terbang - "Dunia Ni Dah Terlalu Tenat & Penuh Dengan Fitnah"
Ruhainies tampil memberi penjelasan mengenai cerita sebenar di sebalik video berkenaan.
Selepas Tular Video Minta Job, Datuk Red Kini Jadi ‘Model’ Baju Raya Jakel!
Usahawan kontroversi, Datuk Red berjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini apabila dipilih menjadi model baju raya bagi jenama tekstil popular, Jakel.
Ruhainies & Aliff Aziz Dirakam Berada Di Lapangan Terbang
Selepas beberapa ketika mendiamkan diri susulan kes tangkap khalwat, pelakon Ruhaines dilihat sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) bersama penyanyi dan dramatis Aliff Aziz.
“Bahagianya Dapat Jiran Macam Ni” - Penduduk Berbilang Kaum Turut Sama Join Vibe Raya, Siap Tolong Pasang Hiasan
Best dapat jiran sporting macam ni kan.
Abang Tesla Mahu Bantu Datuk Red Bina Perniagaan & Langsaikan Hutang - “Saya Terpanggil…”
Abang Tesla nak bantu Datuk Red.
PM Anwar Beri Bayangan Tiada 'Cuti Tambahan' Sempena Sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri memberi bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan.
Datin Patimah Akui Kembali Gembira Tahun Ini - “Alhamdulillah, Saya Lebih Sihat…”
Isteri kepada pengarah Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail mengakui kesihatannya bertambah baik sepanjang melalui bulan Ramadan pada tahun ini.
Farez Adnan Nafi Ciplak Lagu Raya Aliff Syukri – “Saya Bayar Lebih Daripada Datuk”
Kecoh baru-baru ini mengenai kes lagu raya usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa telah diciplak oleh penyanyi dan komposer lain.
Aliff Syukri Tak Puas Hati Penyanyi Lain Ciplak Lagu Raya? – “Orang Tetap Nak Dengar Suara Saya”
Usahawan sensasi, Dato Aliff Syukri meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa seorang penyanyi lain telah mencuri lagu raya nya yang berjudul Chu Ku Chuk Raya.