Pelakon Siti Elizad telah berangkat ke tanah suci Mekah semalam, untuk menunaikan ibadah umrah.

Tidak keseorangan, Elizad berangkat bersama suaminya, Shamsul Baharin Rahman serta keluarga.

Menerusi entri di Instagram (IG) miliknya, Elizad mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya dan keluarga.

Pelakon drama Syurga Yang Kedua itu turut melahirkan rasa syukur kerana dapat membawa bersama ahli keluarga ke tanah suci untuk kali ini.

"Assalamualaikum wahai kesayangan2 ku semua. Kami dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada mereka yg ada terguris atau terkasar bahasa dlm bergurau.

"Ku panjatkan rasa syukur ini kepada Mu Ya Allah, kali ini dpt membawa keluarga pula bersama2 ke tanah suci.

"Moga semuanya dipermudahkan. Doakan kami sekeluarga ya semua. Amin amin amin Ya Rabbal Alamin," tulisnya.

Rata-rata pengikut IG turut mendoakan agar perjalanan serta ibadah Elizad berjalan lancar.

Elizad dan Shamsul berkahwin pada 11 Januari 2015.

Assalammualaikum wahai kesayangan2 ku semua . Kami dgn rasa rendah hati ingin memohon maaf kpd mereka yg ada terguris atau terkasar bahasa dlm bergurau . Ku panjatkan rasa syukur ini kepada Mu Ya Allah , kali ini dpt membawa keluarga pula bersama2 ke tanah suci . ☺️ Moga semuanya dipermudahkan . Doakan kami sekeluarga ya semua . ?? Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin ❤️❤️❤️

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on