Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berjaya merekodkan penjualan produk tertinggi di program Go Shop ketika melancarkan koleksi peralatan memasak 'Vantage' secara eksklusif.

Penampilan Siti pada program Go Shop telah melebihi tujuh kali ganda jumlah sasaran awal yang ditetapkan.

Menariknya lagi, ia merupakan program konsert siaran langsung sambil memasak yang pertama disiarkan selama dua jam di (saluran 118/ saluran 120), Astro Ria (saluran 104), Astro Ria HD (saluran 123) dan HELLO (saluran 110).

Program siaran langsung tersebut dihadiri oleh 100 pemenang bertuah yang membuat tempahan awal produk 'Vantage' edisi khas di Go Shop sepanjang bulan Disember 2018.

Siti turut menghiburkan pemenang bertuah dengan membuat persembahan tiga buah lagu kegemarannya yang berjudul Bukan Cinta Biasa, Si Comel Pipi Merah dan Anta Permana.

Di samping menyanyi, Siti turut mempamerkan bakat memasak yang luar biasa dengan menyediakan hidangan kegemarannya seperti Ayam Masak Ros, Patin Masak Tempoyak dan Laksa Pahang.

Terdapat pelbagai peralatan memasak 'Vantage' edisi terhad Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mampu dimiliki, memenuhi semua keperluan memasak untuk seisi keluarga yang turut dilengkapi dengan nama dan tandatangan Siti dalam ukiran laser.

Untuk menambah kegembiraan penonton, Siti juga mengumumkan peraduan eksklusif kepada pelanggan Go Shop untuk memenangi tiket konsert 'Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour' pada 16 Mac 2019 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Bagaimana untuk menyertai pertandingan Go Shop Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour?

1) Pelanggan Go Shop boleh membeli produk ‘Vantage’ edisi khas dari 10 Dis 2018 - 17 Feb 2019.
2) Jadilah 3 pembeli tertinggi untuk memenangi sepasang tiket Platinum yang bernilai RM 710.00 ke konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour.
3) Pemenang akan diumumkan pada 8 Mac 2019.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan, sila layari: bit.ly/DSCTxConcert

Di samping itu, Go Shop turut memperkenalkan 3 set Alat Memasak Tahan Lekat Edisi Terhad iaitu ‘Vantage Siti Jumbo Pot’, ‘Vantage Siti Magic Pan’ dan ‘Vantage 3 in 1 Cookware’.

Produk ini boleh didapati secara eksklusif dengan harga yang sangat murah beserta hadiah percuma bernilai sehingga RM 270.00 bagi sebarang pembelian produk terpilih.

Pelanggan boleh membeli dan menerima potongan 5% dengan melayari www.goshop.com.my atau hubungi kami di talian bebas tol 1800-82-0088 (24 jam) untuk membuat pesanan.

Penonton yang terlepas siaran langsung ini boleh menontonnya di laman Facebook Go Shop.