Gelagat anak pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie, Jeanelle Nika Mandagie ketika bertemu bintang antarabangsa, Justin Bieber menarik perhatian netizen.

Menerusi entri terbaru yang dikongsi menerusi akaun Instagram milik Jeanelle, video pendek tersebt merakamkan anak perempuan menepis jari Justin secara tidak sengaja.

Tidak cukup dengan itu, kapsyen lucu entri tersebut dan juga mimik muka yang dilakukan oleh Jeanelle juga turut mengundang rasa geli hati netizen.

“Apabila @justinbieber nak ngorat i, sis tepis. I tak sanggup jadi madu ke dua, bye. ❤️ #ModeTetapModel #LimKuatIman #LoveYourself,” tulis kapsyen berkenaan.

Apabila @justinbieber nak ngorat i, sis tepisss. I tak sanggup jadi madu ke dua, bye. ❤️ #ModeTetapModel #LimKuatIman #LoveYourself

A post shared by Jeanelle Nika Mandagie (@princessmandagie) on

Sehingga kini, video tersebut menerima lebih 150,000 jumlah tontonan.

Manakala, menerusi ruangan komen rata-rata netizen mengusik dan memberikan komen-komen lucu yang kononnya merupakan isi hati bayi comel itu.

“Baby J in love with Adam Levine la daddy, knapa bawa jumpa Justin,” tulis @xyndiyapony

“Selamber Lim tepis Bieber… I don’t care u Bieber ke siapa ke... don’t touch me!! Go to Hailey… I’m Lim top model Malaysia,” komen @shaptj

“Ini winnnn hahaha Lim memilih ehhhh,” usik @ayufz_touch



Terdahulu, Jovian dan keluarga kini sedang bercuti Los Angeles dan difahamkan keluarga ini bertemu dengan Justin secara kebetulan ketika berada di sebuah restoran mewah iaitu Nobu di Malibu, California.

Foto: Instagram @princessmandagie