Tidak terhenti isu penceraian antara pelawak Tauke Jambu dan isterinya, Nadia Mohd Affandi hangat diperkatakan, foto anak mereka, Zamatul Khayla Aydina menjadi tumpuan pengikut.

Menerusi akaun Instagram (IG) Nadia, foto anak perempuannya menjadi perhatian walaupun sudah tiga hari dimuat naik.

Rata-rata netizen meninggalkan komen memberi kata-kata semangat kepada Nadia serta melahirkan rasa kasihan dengan apa yang telah berlaku.


Semalam, Nadia mengesahkan telah berpisah dengan Tauke sejak masuk tahun baru menerusi kiriman suara yang dihantar di aplikasi Whatsapp.

my big girl already..love u syg..mommy pomis akan jaga adik smpai mommy tutup mata..adik adalah harta yg paling bhrga lam hdup mommy skrg..mommy xperlukan wang ringgit berkepuk2 cukuplah dpt cium belai adik tiap2 hari..only adik xde yg lain..adik the reason why mommy kuat skrg ?khayla aydina

A post shared by Nadia Yaya (@_nadiayaya6) on