Penyanyi Malaysia yang kini menempa nama di persada antarabangsa, Yuna mendapat pujian netizen selepas dia melancarkan muzik video single terbarunya yang berjudul Crush.

Menerusi single tersebut, Yuna berkolaborasi bersama penyanyi terkenal antarabangsa, Usher. Muzik video yang bertemakan hitam dan putih itu telah dilancarkan pada 26 April 2016.

Menariknya, muzik video tersebut telah dirakamkan di bangunan City Hall, Los Angeles yang berusia 88 tahun. Muzik video tersebut diarahkan oleh Daniel Carberry.

Menerima respon yang baik menerusi laman sosial Twitter, ramai yang gemarkan kolaborasi tersebut.

Bukan sahaja peminat di Malaysia, malah peminat dari setiap pelusuk dunia memuji kolaborasi dan muzik video lagu terbaru Yuna.

Berikut merupakan antara tweet menarik mengenai muzik video Crush di laman sosial: