Apabila Joras tersingkir pada minggu lalu, ia menimbulkan tanda tanya di mana silap mereka daripada pandangan mata juri profesional Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018).

Ketua Juri, Douglas Lim berkata persembahan Joras pada minggu-minggu sebelumnya dinilai cukup menarik dan menghiburkan.

"Joras ada minggu-minggu sangat bagus. 5 'ha' begitu senang untuk mereka dapat sehingga tidak dipertikai," katanya kepada Astro Gempak.

Jelasnya, premis persembahan Joras pada minggu ke sembilan disifatkan sangat menarik untuk berlawak.

"Ada mayat dan ada roh tapi cerita 'stuck' kat sana. Kalau ada penyiasat datang, roh punya 'job' sepatutnya tolong penyiasat cari pembunuh.

"Saya rasa bahagian itu tidak diketengahkan kepada penonton. Apabila akhirnya pengemis Joey pula mati, tiba-tiba mereka tukar arah menjadi lebih lawak meta," katanya.

Jelasnya, aksi Joey sebagai hantu yang membuat benda busuk sepatutnya mengikut watak dia adalah hantu, jadi tidak boleh bau kerana sudah menjadi roh.

"Ropie pula pecah karakter cakap kenapa buat macam ni, ia jadi lawak meta. Saya rasa penonton tidak dapat tangkap dan saya rasa rugi.

“Apabila tengok premis itu, saya ingat akan jadi riuh. Banyak peluang tapi kali ini mereka tak nampak nak mempersembahkannya secara tersusun," katanya.

Peminat dan penonton MLM 2018 boleh mengundi melalui aplikasi TikTok, platform video pendek utama di dunia. Aplikasi ini boleh dimuat turun di App Store dan Google Play Store, https://go.onelink.me/BAuo/mlm.

Sebaik sahaja TikTok dimuat turun, semua yang perlu anda lakukan ialah membuat akaun dengan menghubungkan mana-mana media sosial sedia ada kepada TikTok.

Peminat diberi 10 undi setiap hari bermula Sabtu hingga Khamis. Mereka boleh menghabiskan semua 10 undi kepada satu peserta atau menyebarkannya ke seluruh peserta yang mereka suka.

Jangan lupa untuk mengundi setiap hari kerana TikTok menghadiahkan sebuah motosikal setiap minggu. Pengundi ke 10,000 bakal membawa pulang satu unit Honda Wave Alpha. Senang sahaja!

Eksklusif pada Jumaat, 50 undi diberikan dan sekali lagi mereka boleh membelanjakan semuanya kepada satu peserta atau membelanjakannya sebagai harapan mereka.

Pengundian dibuka sepanjang minggu hingga akhir pertunjukan. Namun, keputusan undian adalah tertakluk kepada terma dan syarat, www.maharajalawakmega.com.my.

Peminat dan penonton boleh mengundi peserta kegemaran anda pada setiap hari menerusi TikTok dan berpeluang memenangi sebuah motosikal pada setiap minggu.

Pemenang ini dipilih menerusi mereka yang mengundi pada setiap hari dari Khamis hingga Sabtu sebanyak 10 undian manakala 50 undian pada Jumaat.

Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak