Pelawak Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Shahrol Shiro mendapat pujian ramai setelah meluangkan masa untuk melawat warga emas baru-baru ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Shahrol berkongsi gambar menyentuh hati ramai pihak ketika sedang bersama dengan warga emas di Muar.

"Berkesempatan berjumpa penghuni warga emas di Muar. Satu pengalaman yang cukup bermakna.

"Harap kedatangan ini memberi sedikit keceriaan buat semua. Terima kasih YDP Muar Tuan Hj Mustaffa dan MPM memberikan ruang yang indah ini," tulisnya.

Berkesempatan berjumpa penghuni warga emas di Muar..Satu pengalaman yang cukup bermakna..Harap kedatangan ini memberi sedikit keceriaan buat semua..Terima kasih YDP Muar Tuan Hj Mustaffa dan MPM memberikan ruang yg indah ini??? #Shiro #KroniShiro #OtakJanganLoading

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro) on


Rata-rata mengakui tersentuh dengan sikap Shahrol yang sanggup meluangkan masa bersama warga emas tersebut walaupun dia sibuk dengan kerjaya seninya.




Jangan lupa untuk menyaksikan suku akhir MLM2018 yang bersiaran setiap Jumaat pada pukul 9 malam menerusi saluran Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘On demand’.