Nampaknya hubungan cinta anggota Running Man Lee Kwang Soo telah mendapat restu rakan baiknya aktor popular, Jo In Sung.

Menurut sumber, Kwang Soo telah membawa kekasihnya Lee Sun Bin bertemu dengan Jo In Sung, D.O, Lim Joo Hwan dan Kim Ki Bang baru-baru ini.


“Tidak sorok status, Kwang Soo memperkenalkan Lee Sun Bin sebagai kekasihnya ketika bertemu dengan rakan karibnya.

“Mereka berdua menghabiskan masa bersama teman-teman rapat sambil berbual di rumah Kwang Soo.

“Kwang Soo dan Sun Bin serius menjalani hubungan cinta mereka dan ramai selebriti kagum dan mencemburui pasangan ini,” ujarnya.

Kwang Soo dan Sun Bin menjalani hubungan cinta sudah hampir lima bulan.

BACA: Tak Solo Lagi, Lee Kwang Soo & Lee Sun Bin Sah Bercinta Selepas Bertemu Dalam Running Man

Sumber: Allkpop