Penyanyi dan bintang program Big Stage, Syafiq Farhain telah kembali bertugas sebagai seorang anggota bomba.

Perkara itu dikongsi Syafiq menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya hari ini.

"Kerja, kerja, kerja," tulisnya ringkas sebagai kapsyen berserta hashtag (#backtobasic).

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberi respon positif dan mengucapkan selamat kembali berkerja kepadanya.

"Welcome back to work.

"Selamat bertugas abam bomba..semoga tahun baru dapat menjalankan tugasan yang baik.

"Selamat berkerja big boss," tulis netizen.




Kirija kirija kirija..?? #backtobasic

A post shared by SYAFIQ FARHAIN (@syafiqfarhain) on


Terdahulu, Syafiq telah mengambil cuti beberapa bulan untuk menumpukan perhatian dalam bidang nyanyian.

September tahun lalu, Syafiq telah memenangis tempat kedua dalam pertandingan Big Stage yang turut menampilkan Sarah Suhairi, Afieq Shazwan, Wani Kayrie dan Baby Shima sebagai finalis di konsert akhir.