Selepat mendirikan rumah tangga pada Mac lalu, pasangan pelakon Aman Graseka dan Reena Areena telah selamat melangsungkan majlis persandingan mereka 22 Disember lalu.

Baru sahaja berkongsi momen istimewa itu, Aman, 51, menghela rasa lega apabila majlis persandingan itu berjalan lancar walaupun isterinya kini berbadan dua.

"Alhamdulillah majlis berjalan lancar 22 Disember 2018. Syukur wife saya Reena mampu meneruskan majlis walaupun dia penat sangat-sangat sebab pembawakan baby.

"Tapi dia teruskan juga tersenyum bersama-sama dengan saya," tulisnya yang turut berkongsi beberapa foto indah pada majlis resepsi itu.

Aman dan Reena kelihatan berseri-seri dengan busana songket berwarna kuning pada majlis tersebut.

Perkongsian Aman itu sekali gus menjadi pengumuman buat peminatnya yang rata-rata mula melayangkan ucapan tahniah buat pasangan bahagia itu.

Pasangan itu mula berkenalan ketika penggambaran drama bersiri Papa Nak Menantu pada 2017.

Kemudian mengambil keputusan untuk bernikah pada Mac lalu dan majlis ringkas itu diadakan di Kuala Ketil, Kedah.

Aman yang mencipta populariti menerusi filem Cinta Kita pada 1995 pernah berkahwin dengan penyanyi dangdut popular, Mas Idayu pada 1997.

Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama 10 tahun dengan dikurniakan seorang cahaya mata, Nurdayini Ashiqah yang ketika ini berusia 20 tahun.

Makeup & pakej dari butik Iresh Kak Nurliyana Abd Jalil.sapa berminat boleh pn beliau..mmang puas hati sgt?memori terindah resepsi 22/12/2018 @aman_graseka

A post shared by Reena Areena (@reenaareena89) on

Kenangan terindah kami..di majlis resepsi 22/12/2018..bersanding ????...xlama lagi bakal menanti cahaya mata..mama & papa @aman_graseka ???

A post shared by Reena Areena (@reenaareena89) on

Alhamdulilah majlis berjalan dgn lancar 22/12/2018..syukur wife sy reena @reenaareena89 mampu meneruskan majlis wlupn dia penat sgt2 sbb pembawakkn baby tapi dia teruskn jgk tersenyum bersama2 dgn sy

A post shared by aman_graseka (@aman_graseka) on