Pastinya ramai kaki wayang yang tertunggu-tunggu deretan filem antarabangsa yang bakal ditayangkan sepanjang tahun ini.

Tahun 2019 menyaksikan ramai sutradara terkenal melahirkan sekuel beberapa filem yang pernah pecah panggung sebelum ini.

Namun, ada juga beberapa senarai filem animasi yang anda tidak patut lepaskan!

Jom semak filem antarabangsa mana wajib anda tonton.

1. How To Train Your Dragon: Hidden World

Tarikh: 31 Januari 2019
Genre: Aksi/ Pengembaraan/ Animasi
Pelakon: Jay Baruchel, America Ferrera, Cate Blanchett, Craig Ferguson
Pengarah: Dean DeBlois

Hiccup kini bergelar ketua puak Viking manakala Toothless melindungi pulau dan penduduk daripada bahaya. Namun kedua-duanya perlu membuat keputusan bijak apabila kampung halaman mereka dalam bahaya.



2. Captain Marvel

Tayangan: 8 Mac 2019
Genre: Aksi
Pelakon: Brie Larson, Samel L Jackson, Jude Law
Pengarah: Anna Boden, Ryan Fleck

Segalanya tentang adiwira feminis yang paling ditunggu-tunggu. Captain Marvel merupakan satu-satunya adiwira yang mampu menumpaskan Thanos.

Filem ini bersangkut paut dengan Avengers 4: Endgame yang ditayangkan hanya sebulan kemudiannya.



3. Dumbo

Tayangan: 28 Mac 2019
Genre: Fantasi
Pelakon: Collin Farrell, Michael Keaton, Danny DeVito, Eva Green, Alan Arkin
Pengarah: Tim Burton

Kredibiliti pengarahnya dalam naskhah terdahulu menjadikan Dumbo antara karya yang ditunggu-tunggu.

Filem live action ini merupakan adaptasi kisah klasik anak gajah bertelinga besar, Dumbo yang menjadi bahan jenaka di sarkas.



4. Shazam

Tarikh: 4 April 2019
Genre: Fantasi/ Aksi
Pelakon: Zachary Levi, Asher Angel, Mark Strong, Grace Fulton

Shazam mengisahkan seorang budak lelaki berusia 14 tahun bernama Billy yang memiliki kuasa enam adiwira purba daripada seorang ahli sihir yang sedang nazak.

Hanya dengan menyebut nama ahli sihir itu, dia akan bertukar menjadi adiwira dewasa.



5. Avengers 4: The Endgame

Tayangan: 16 April 2019
Genre: Aksi
Pelakon: Chris Hemsworth, Chris Evans, Scarlett Johansson, Benedict Cumberbatch, Tom Holland, Chadwich Bosemand
Pengarah: Anthony Russo, Joe Russo

Jalan cerita yang masih dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Namun yang pasti Avengers 4: The Endgame bakal menyatukan adiwira popular seperti Iron Man, Thor, Black Widow, Captain America dan Hulk bersama Ant-Man, Rocket Racoon, War Machine dan Nebula untuk menentang Thanos sebelum bertukar menjadi debu.



6. Pokemon Detective Pikachu

Tarikh: 9 Mei 2019
Genre: Fantasi
Pelakon: Ryan Reynolds, Justice Smith, Kathryn Newton
Pengarah: Rob Letterman

Demam Pokemon belum reda sepenuhnya. Filem live action ini diangkat daripada permainan video popular dengan judul sama.

Ia mengisahkan Detektif Pikachu yang membantu seorang kanak-kanak lelaki mencari ayahnya yang telah diculik.



7. Aladdin

Tarikh: 23 Mei 2019
Genre: Muzikal/ Fantasi/ Romantik
Pelakon: Mena Massoud, Naomi Scott, Will Smith, Marwan Kenzari
Pengarah: Guy Ritchie

Poster rasmi filem Aladdin mencetuskan perdebatan ramai berhubung kesesuaian pemilihan pelakon.

Namun, di sebalik situasi itu, ramai yang enggan terlalu berharap akan keunggulan karya live action itu. Tunggu dan lihatlah!



8. The Lion King

Tayangan: 19 Julai 2019
Genre: Animasi
Pelakon: Doland Glover, Beyonce Knowles, James Earl Jones
Pengarah: Jon Favreau

Filem animasi ciptaan semula yang paling dinanti-nanti!
Bagaimanapun, jalan cerita The Lion King versi 2019 masih belum dipastikan. Namun, teaser The Lion King 2019 sudah cukup membuatkan ramai teruja sampai ada yang sudah membuat parodi.



9. Annabelle 3

Tarikh: 4 Julai 2019
Genre: Seram
Pelakon: Katie Sarife, Mckenna Grace, Madison Iseman
Pengarah: Gary Dauberman

Uji adrenalin anda menerusi filem seram sekuel Annabelle 3. Penyiasat paranormal Ed dan Lorraine meletakkan Annabelle dalam bilik artifak dengan harapan mengekang kuasa jahat patung itu.

Namun, Annabelle berjaya menyeru kejahatan dalam bilik itu dan mula menyasarkan anak perempuan mereka, Judy.

10. Spiderman: Far From Home

Tarikh: 4 Julai 2019
Genre: Pengembaraan/ Aksi
Pelakon: Tom Holland, Zendaya, Jake Gyllenhaal
Pengarah: Jon Watts

Peter Parker kembali untuk tahun baru persekolahan dan menentang jenayah daripada sekuel Spider-Man: Homecoming.