Kumpulan Masin antara peserta Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) yang menyerlah pada setiap minggu sehingga mendapat pujian juri profesional.

Pelakon Remy Ishak yang juga salah seorang juri MLM 2018 memuji persembahan trio anggota kumpulan ini begitu konsisten pada setiap minggu.

“Konsisten dari aspek ‘energy’ dari minggu awal sehingga ke minggu kesembilan. Komedi ada tapi harap lebih bagus pada minggu hadapan,” katanya.



Pada saingan minggu kesembilan, Masin tampil membawakan idea persembahan antara bapa dengan anak perempuan yang mempunyai kekasih.

Remy menambah, persembahan Masin kali ini secara keseluruhan adalah menghiburkan penonton.

“Punchline kurang sikit tapi struktur dan cerita komedi membuatkan kami terhibur,” katanya.

Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak