Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Elfira dengan memuat naik sekeping foto beserta kapsyen melahirkan rasa syukur menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, beberapa minit lalu.
"Alhamdulillah," tulisnya secara ringkas.
Di majlis tersebut, Elfira anggun mengenakan busana pengantin serba putih manakala Faris pula mengenakan baju melayu lengkap dalam rona yang sama.
Rata-rata rakan artis dan pengikut menghujani ruangan komen entri tersebut dengan ucapan tahniah serta mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.
Difahamkan majlis pernikahan pasangan tersebut berlangsung di Cyberview Resort, Cyberjaya.
Terdahulu, Elfira dan Faris telah mengikat tali pertunangan pada 2 September 2018 selepas menjalinkan hubungan cinta selama beberapa bulan.