Tahun 2018 melabuhkan tirai pada hari ini, pelbagai kejadian menarik telah mecorakkan industri hiburan antarabangsa sepanjang tahun ini.

Di sini, Gempak bawakan kepada anda kompilasi berita menarik dari persada hiburan Hollywood dan Bollywood pilihan kami.

Hollywood :

1. Kylie Jenner Timang Cahaya Mata


Berita ini mengejutkan industri hiburan Hollywood apabila Kylie melahirkan anak perempuannya, Stormi pada 1 Februari lalu. Menurut Kylie, dia merahsiakan kehamilannya kerana menganggap itu adalah momen paling istimewa dalam hidupnya. Selain itu, Kylie juga mengatakan dia memerlukan privasi dan menjalani gaya hidup sihat sepanjang kehamilannya itu.





2. Salah Guna Dadah, Demi Lovato Masuk Hospital

Pada 24 Julai lalu, penyanyi lagu Heart Attack ini mengejutkan peminatnya di seluruh dunia apabila dimasukkan ke hospital akibat salah guna dadah. Demi dimasukkan ke Cedars-Sinai Medical Center di Los Angeles untuk tempoh masa melebihi seminggu, namun begitu, tiada pihak yang tampil mendedahkan jenis dadah yang telah disalah guna itu.




3. Selena Gomez Jalani Rawatan Mental

Oktober lalu, Penyanyi popular ini telah menjalani rawatan mental akibat gangguan emosi yang dialaminya. Kejadian ini berlaku beberapa minggu selepas bekas teman lelakinya, Justin Bieber melangsungkan perkahwinan bersama Hailley Baldwin. Namun begitu, Selena kini telah keluar dari pusat pemulihan, bertambah ceria dan sihat.




4.Cardi B Bercerai Selepas Setahun Berkahwin

Setelah setahun mendirikan rumah tangga bersama Offset, Cardi mengumumkan penceraian mereka pada pada awal Disember lalu. Menurut Cardi, dia dan bekas suaminya masih berbaik dan berhubung sebagai teman rapat, namun mereka tidak mempunyai keserasian dalam tempoh masa yang panjang.



5. Pemergian Selebriti Terkenal

Hollywood menyaksikan pemergian nama-nama besar dalam industri pada tahun ini, antaranya adalah Stan Lee (12 November), Aretha Franklin (16 Ogos), Anthony Bourdain (8 Jun) dan vokalis kumpulan The Cranberries, Dolores O'Riordan yang meninggal dunia pada 15 Januari lalu.


Stan Lee


Aretha Franklin


Anthony Bourdain


Dolores O'Riordan


Bollywood :

1. Pemergian Sridevi


Pelakon ikon Sridevi telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 24 Februari lalu. Difahamkan, kematian aktres ini berlaku mengejut ketika dia menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya di Dubai.




2. Perkahwinan Sonam Kapoor Dan Anand Ahuja

Aktres jelita Bollywood, Sonam Kapoor telah melangsungkan perkahwinan bersama Anand Ahuja pada 8 Mei lalu. Majlis itu telah dihadiri oleh rakan seperjuangan Bollywood yang lain seperti Shah Rukh Khan, Anil Kapoor, Ranveer Singh dan Salman Khan.






3. Sonali Bendre Hidap Kanser

Aktres jelita ini mengejutkan peminatnya apabila mendedahkan dia menghidap kanser. Menurut Sonali, dia telah mendapat sokongan positif dari ahli keluarga dan rakan-rakannya. Sonali telah menjalani rawatan di New York sehingga kini.






4. Perkahwinan Deepika Padukone Bersama Ranveer Singh

Aktres jelita Deepika Padukone telah melangsungkan perkahwinan bersama Ranveer Singh pada 14 November lalu. Majlis resepsi pertama mereka berlangsung di Mumbai untuk dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat. Manakala, majlis resepsi kedua pasangan ini telah berlangsung dengan meriah di Lake Como, Italy.








5. Perkahwinan Priyanka Chopra Dan Nick Jonas

Akhir sekali, perkahwinan gilang gemilang hasil gabungan Hollywood dan Bollywood, Priyanka Chopra dan Nick Jonas telah melangsungkan perkahwinan pada 1 Disember lalu. Dalam sebuah majlis gilang-gemilang di Istana Umaid Bhavan, Jodhpur, India, kedua-dua mempelai itu disatukan mengikut tradisi Kristian. Manakala resepsi kedua mereka diadakan mengikut tradisi Hindu. Mereka mula mengenali antara satu sama lain selama setahun sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga.







Demikianlah beberapa peristiwa dan kejadian menarik di Hollywood dan Bollywood yang berlaku sepanjang tahun ini. Apakah yang akan berlaku seterusnya dan bintang manakah yang akan menyerlah pada tahun 2019? Mari kita sama-sama nantikan!



Sumber : wonderwall.com, CNN, etonline.com, elle.com, hindustantimes.com