Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak tampil menjelaskan maksud sebenar di sebalik kenyataannya berhubung isu Linda Rafar dan jururawat di sebuah hospital kerajaan semalam.
BACA: "Kerja Mencuci Pesakit Bukan Tugas Hakiki Jururawat" - Doktor Tampil 'Bahasakan' Linda Rafar
BACA: “Kita Cakap Baik-Baik, Dia Boleh Kurang Ajar...”- Linda Rafar Kesal Dengan Layanan Jururawat Di Hospital
BACA: “Kami Akan Racun Mak Kau, Jangan Menyesal!”- Diugut 'Nurse', Linda Rafar Buat Laporan Polis
Menafikan frasa 'nurse is not our level' ditujukan kepada profesyen kejururawatan secara umum, kata Zizan ayat itu merujuk khusus kepada sikap individual jururawat yang berdepan krisis dengan Linda Rafar.
"Assalamualaikum saya ucapkan kepada nurse yang berada di seluruh Malaysia.
"Dalam isu 'not our level', saya tidak merujuk kepada pekerjaan ya. Yang saya sampaikan ialah perangai bodoh sombong.
"So tak kisah apa bentuk pekerjaan pun yang bodoh sombong dia bukan level saya termasuk juga rakan artis.
"Dan kepada yang cuba memanipulasi statement saya terserah. Jumpa di akhirat kelak," kata Zizan.
Salah faham itu tercetus apabila Linda memuat naik status Instastory semalam menunjukkan butir perbualan bersama Zizan.
Selain menyatakan sokongan terhadap perkara yang berlaku kepada Linda dan ibunya yang kini terlantar sakit, Zizan turut menulis ayat terbabit dalam mesej perbualan itu.
Tanpa diduga, paparan skrin perbualan Zizan dan Linda tular di media sosial hingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan petugas sektor perubatan.
Dalam perkembangan sama, Linda turut menasihati orang ramai agar tidak membabitkan individu lain dalam kesnya.
"Zizan hanya bagi kata-kata semangat pada Linda dan dia tak ada niat untuk kutuk mana-mana nurse!
"Tolong jangan bagi tekanan pada orang lain yang backing Linda! Cukuplah. Linda pun tak cakap semua nurse jahat!" ulas Linda.
Terdahulu, Linda memuat naik keluhan hatinya terhadap layanan biadap seorang jururawat di sebuah hospital di Shah Alam ketika merawat ibunya yang kini sakit.
Keadaan bertambah buruk apabila muncul individu tidak dikenali mengugut untuk meracuni ibu Linda.
Amri Hassan
Sat Dec 29 2018
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening
Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof
Alhamdulillah, tahniah Syafiq.
Gaji Penjawat Awam Bakal Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah!
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024. Menurut Anwar, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini. “Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum