Pemilihan tema matapelajaran pada minggu kelapan nyata memberi cabaran pada semua peserta Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) untuk mencari idea lawak yang menghiburkan.

Salah seorang juri, Tya Arifin menyatakan tema tersebut agak sukar untuk peserta membuat persembahan kali ini.

"Ada beberapa peserta yang mempunyai semangat untuk membuat persembahan tapi ada peserta susah dengan tema itu sehingga kurang idea," katanya kepada Astro Gempak.

Bagaimanapun, Tya memilih kumpulan Shiro sebagai peserta paling menyerlah untuk minggu kelapan.

"Mereka kreatif, cerdas dan bagi tema yang susah iaitu kesusasteraan budaya. Menariknya, mereka boleh membuat cerita jadi sempurna, ada 'punchline', gaya mereka dari minggu awal sehingga sekarang sama tak pernah menurun.

"Mereka membuat persediaan yang bagus dan tengok minggu hadapan, mereka tidak mahu persembahan mundur. Apapun, semua peserta lain juga bagus," katanya.

Sambil berhibur dengan aksi peserta MLM 2018, pada setiap minggu peserta-peserta ini juga dijamu dengan KFC Holiday Bucket yang begitu menyelerakan dan mengujakan.

Menariknya, penonton dan peminat MLM 2018 berpeluang menonton segmen Parody Maharaja Lawak Mega menerusi www.maharajalawakmega.com.my yang memaparkan pelbagai video yang menghiburkan.

Dalam episod Parodi MLM - Parodi Pengantin Lari Culik Artis menyaksikan jenaka kumpulan Puteh yang begitu teruja menikmati KFC Holiday Bucket.

Selain menu istimewa KFC Holiday Bucket, peserta MLM 2018 juga terliur mahu menikmati keenakkan udang Hot & Spicy yang ranggup bersama ayam KFC, kentang putar dan minuman dalam KFC Holiday Bucket, hanya daripada RM37.50. Jangan lupa tagline, Musim cuti, ikut suka hati.

Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.



Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak