Musim persekolahan hampir bermula dan pelbagai gelagat dirakamkan keluarga masing-masing yang sibuk membuat persiapan membeli kelengkapan sekolah.

Malah, ada juga pelajar yang sudah memulakan sesi orientasi sebelum bermulanya sesi persekolahan awal tahun.

Seperti penyanyi Misha Omar, tidak lengkap sekiranya dia sendiri tidak berkongsi momen-momen indah menyiapkan anak sulungnya, Muhammad Adam Emir untuk memulakan alam persekolahan di tingkatan satu.

"Orientasi Muhammad Adam Emir di sekolah menengah.

"Harini from top to toe Abah yang siapkan Adam...

"Bergenang airmata Ibu tengok scene depa berdua pagi ni bila Adam belum pandai ikat tali kasut sendiri," tulis Misha yang tersentuh hati.

Orientasi Muhammad Adam Emir di sekolah menengah..Harini from top to toe Abah yg siapkan Adam... Bergenang airmata Ibu tgk scene depa berdua pagi ni bila Adam belum pandai ikat tali kasut sendiri.... Terima kasih, Abah....❤?????

A post shared by Misha Omar (@mishaomar) on


Di sebalik momen manis itu, terselit juga komen kurang enak mempersoalkan punca anaknya tidak tahu mengikat tali kasut.

"Biasalah budak-budak. Masa sekolah rendah dia pakai kasut zap zap strap tu. Tak pernah pakai kasut bertali.

"Kalau keluar pun dia tak pakai sandal, tak suka pakai kasut," jawab Misha.

Berapa ramai antara korang yang masih gagal ikat tali kasut sampai sekarang?