Lagu popular, Gerimis Mengundang antara karya malar segar yang terus diminati ramai pendengar tidak kira di Malaysia mahupun nusantara.

Mendengar lagu tersebut dimainkan di stesen radio mahupun menjadi pilihan 'kaki' karaoke, ia mengingatkan peminat terhadap kehebatan kumpulan Slam.

Vokal penyanyi kumpulan ini, Zamani memang tiada tolok bandingan.

Malah, kemunculan Zamani sebagai peserta program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) tetap jadi tumpuan ramai meskipun berdepan masalah kesihatan.

Diam tak diam rupanya Slam sudah berusia 25 tahun dalam industri muzik tanah air.

Gitaris, Shah Slam berkongsi ucapan ulang tahun buat Slam menerusi statusnya di Instagram, @shahslam hari ini.

"Terima kasih tak terhingga kepada semua yang masih mendengar lagu2 Slam & mengundi di carta2 radio.. Slam dah lebih 25tahun.. happy 25 anniversary Slam," katanya.

Ramai peminat dan netizen di media sosial juga bersama-sama memberikan ucapan tahniah pada kumpulan 'otai' ini yang masih bertahan dalam bidang muzik sehingga kini.

Terima kasih tak terhingga kepada semua yang masih mendengar lagu2 slam & mengundi di carta2 radio.. slam dah lebih 25tahun.. happy 25 anniversary slam.. ?.. @eddieslam @lili.slam #manslam @razakhjbajuri @zamanislamfansg @zamanislamfans @shahslam_ @zamanislam.fans @abgadeksuperfans_official @slamrevival @slamfansclub @zamanislam_lovers @jenteraslam #zamanislamfans #jikakaurasagetarnya #kumpulanslam #slamfansclub #zamanislam

A post shared by Shah Slam II (@shahslam_) on


"Abang @shahslam_ @zamanislam_official sempena ulangtahun live sikitt lagu lagu fav kami semuaa..," kata netizen @fitrinooor.

Ada juga netizen mendoakan kumpulan Slam dan anggota-anggotanya terus sukses dalam hidup.

"Alhamdulillah, semoga terus sukses, kami semua peminat2 selalu mendoakan apa2 sahaja kejayaan yang abang2 kecapi tak kira di dalam mahupun luar dari SLAM, insyaAllah. Semoga kita dapat ber’reunion bersama abang2 Slam, Slamanya Dalam Hati Kami," kata netizen @syafinazadnan.

Teks oleh: Elrafaei Sapi