Pelakon dan isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia memohon kepada semua pihak untuk mendoakan anak keduanya, Aurora kembali sihat seperti biasa.

Menerusi entri di Instagram milik Almy, dia memberitahu Aurora terpaksa dikuarantin sehingga sihat akibat demam Influenza A.

Almy yang baru sahaja melahirkan anak ketiganya pada 15 Disember lalu, memberitahu Fizz pula terpaksa ke Singapura untuk menghadiri Celebfest pada keesokkan harinya.

"Tolong doakan my princess aurora cepat sembuh..Demam influenza A..kuarantin jawabnya.

"Esok papanya nak gi Singapore untuk celebfest pulak.

"Nasib mama dah kuat syukur alhamdulillah..Doakan anak mama cepat sembuh ya semua," tulis Almy.

Tolong doakan my princess aurora cepat sembuh... demam influenza A .. ???.. kuarantin jawabnya .. esok papanya nak g singapore utk celebfest pulok.. nasib mama dah kuat syukur alhamdulillah.. doakan anak mama cepat sembuh ya semua..

A post shared by Almy Nadia (@fizzalmy) on


Rata-rata peminat dan pengikut laman Instagram Almy meninggalkan komen positif dan mendoakan agar Aurora segera sembuh.

Almy mendirikan rumah tangga dengan Fizz pada tahun 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata Arianna, Aurora dan Nurafrina Ayra.