Tahun 2018 menyaksikan jatuh bangun selebriti tempatan dalam industri hiburan Malaysia.

Bukan sahaja dari cerita kejayaan, malah kisah berkaitan kontroversi juga terpalit dan secara tidak sengaja, ia menyemarakkan lagi kerjaya seni mereka.

Gempak senaraikan lima selebriti menyerlah sepanjang tahun 2018:

1. Neelofa
Pengacara rancangan MeleTOP ini membuka tahun 2018 dengan penuh kontroversi selepas melancarkan koleksi hijabnya di sebuah kelab malam terkemuka. Mengambil pengajaran dari isu terbabit, Neelofa memohon maaf dan belajar dari kesilapan.

Wanita ini juga kalis kontroversi, dia terus memacu kerjayanya dalam bidang seni serta menggerakkan rangkaian perniagaannya ke serata dunia. Terus terbang tinggi, baru-baru ini Neelofa telah mula mengintai peluang di negara Eropah dan masih mengekalkan populariti dengan meraih trofi Pengacara TV Popular menerusi ABPBH 2018.

When you think you’re not getting something you want but you eventually get it! Yay! @meletop

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on


2. Wany Hasrita
Penyanyi ini menempa populariti kerana sifatnya yang mudah mesra dan merendah diri. Memikat ramai peminat dengan suara dan ketrampilan, Wany juga tidak lokek dengan senyuman.

Terus menghasilkan rangkaian lagu hits yang menjadi siulan ramai, Wany juga membuktikan dirinya popular selepas meraih trofi Bintang Paling Popular ABPBH edisi tahun ini.

Hi orang Melaka, Wany dah sampai ni untuk program bersama @himalayamalaysia ! Jangan lupa datang ramai ramai di Mahkota Parade pukul 3 petang ni !Jumpa kejap lagi tau tau?? . #himalayamalaysia #himalaherbals

A post shared by WH (@wanyhasrita) on


3.Alif Satar
Biarpun melibatkan diri dalam bidang seni semenjak 10 tahun lalu, nama Alif berada di kemuncak populariti dua tahun kebelakangan ini. Terus memberikan hasil kerja terbaik, Alif tidak terikat dengan satu cabang seni.

Menyanyi, berlakon dan mengacara, Alif memang layak digelar sebagai anak seni berkebolehan. Pengacara Big Stage ini juga membuktikan dirinya popular apabila meraih trofi Artis Versatil Popular di ABPBH 2018.

from tri-suit to my BON suit.. back to work!

A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on


4. Zizan Razak
Nama Zizan Razak tidak perlu diperkenalkan lagi. Tahun 2018 menyaksikan Zizan masih mengekalkan namanya sebagai salah seorang pelawak pilihan. Jejaka kelahiran Terengganu ini masih mempertahankan trofi Artis Komedi Popular ABPBH yang sudah dua tahun dimilikinya.

Zizan juga kembali bergabung bersama pasangan serasinya, Johan dalam mengacarakan Jozan Live yang menjadi sebutan ramai tahun ini. Aksi lincah Zizan sebagai Inspektor Sani juga digemari ramai menerusi filem Polis Evo 2.

Cuba kasi caption tengok. Apa yang sesuai. Jangan cakap sedang sishi sudahhhh!!! #zizanrazak #saturday

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


5. Shaheizy Sam
Pelakon kacak ini membuktikan dia bukan sekadar berpegang kepada rupa paras. Sam masih menjadi pilihan ramai pihak, termasuklah juri profesional yang mengadilinya.

Tahun ini menyaksikan Sam membawa pulang trofi Pelakon Terbaik Filem Anugerah Skrin 2018 menerusi wataknya sebagai Naufal dalam Pinjamkan Hatiku. Wataknya sebagai Inspektor Khai menerusi Polis Evo 2 juga hangat diperkatakan sehingga kini!

Dulu wayang setiap hari rabu je murah. Tapi lepas #BangKhai buat muka ketat ni kat panggung, hari-hari jadi RM8 je ? Tak percaya, pergi la check sendiri.. Apa lagi?! Jom laa. #JagaJagaBoh #PolisEvo2 #PE2 #JanganKejutHarimau #SkuadPolisEvo

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on


Saksikan gandingan Zizan dan Sam sebagai pasangan serasi dalam filem Polis Evo 2 yang masih hangat ditayangkan di pawagam.

Selain Sam dan Zizan, filem arahan Joel Soh serta Andre Chiew ini menampilkan Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Soffi Jikan, Syafie Naswip dan Hairul Azreen.

Polis Evo 2 diterbitkan oleh Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag.

Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!

Jaga-jaga boh!