Saingan minggu ketujuh semakin mendebarkan apatah lagi kumpulan Masin pernah berada antara tiga peserta Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) yang mendapat markah terendah.

Pelakon jelita, Scha Alyahya yang juga juri tetap MLM 2018 memberi komen persembahan Masin semakin menunjukkan perkembangan yang positif.

"Bila masuk 'bottom' 3 ia memberi renjatan positif pada anda. Dialek saya tak faham apa pun tapi bunyi itu ada, saya rasa anda berjaya," katanya.

Pada persembahan minggu ketujuh, semua perserta perlu membuat lawak menggunakan tema dialek dan loghat.

Dalam pada itu, Scha memuji komitmen anggota Masin dalam membuat persembahan yang menghiburkan kepada penonton.

"Sinergi yang sangat bagus, penyampaian yang sangat jelas dan lawak yang anda gunakan adalah lawak-lawak terkini yang senang difahami.

"Saya rasa sangat 'fresh' dan terhibur. Harap-harap saya mahu sesuatu yang lebih segar dan kurangkan penggunaan ayat yang negatif sebab itu bukan pada anda dan peserta lain juga," katanya memberi 4 'ha'.

Scha memberi pesanan pada Masin agar lebihkan kandungan lawak yang positif dan secara keseluruhan, persembahan Masin kali ini menghiburkan.

Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak