Air mata pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly tumpah kerana pelakon Saharul Ridzwan.

Semuanya kerana tindakan Saharul yang ikhlas mendoakan kesejahteraan Sheila bersama suaminya, pengarah Azman Yahya atau Jinggo di hadapan Kaabah.

Saharul kini sedang menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah bersama isteri dan anaknya.

Menerusi laman Instagram, Jinggo berkongsi momen Sheila yang menangis terharu dengan tindakan Saharul.

Assalamualaikum Malaya...Good evening Geng Tok Sidang di mana saja komer berada... . #cerekatoksidang sedih petang ni bukan pasei #pia tapi pasei anak sis yang sorang ni @saharulridzwan yang sayangnya pada sis tak pernah putus dan selalu buat sis tersentuh hati dan menangis ?? . Semoga Mabrur umrah mu, Iman Firdaus, Jangan lupa asal usul mu wahai Iman Firdaus... . Hadoiiiiii mak aiiii rasa shahdu lak ati Tok Sidang niiii ????

A post shared by Tok Sidang Jinggo (@jinggo_jspictures) on


Sementara itu, Sheila turut berkongsi doa yang dibacakan Saharul di hadapan Kaabah.

Antara mereka yg terpilih didalam doa @saharulridzwan sedih sangat bila sis dapat whatsapp ni? Tak pernah sekali sis mintak balasan dari mereka yg sis didik. Cukup sekadar menghargai. Moga allah permudahkan segala urusan kita didunia & diakhirat. Umrah mabrur insyaallah. #sentiasabersyukur #alhamdulillah

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on


Saharul pernah menempa populariti menerusi drama bersiri terbitan Sheila dan Jinggo, Kau Aku Kita yang bersiaran pada tahun 2015.

Menerusi drama terbabit, Saharul bergandingan dengan aktres Janna Nick.

Dalam perkembangan lain, drama bersiri lakonan Saharul, Selafaz Cinta kini sedang hangat ditayangkan.

Selain Saharul, drama terbabit turut menampilkan lakonan Syatilla Melvin, Sharifah Sakinah, Sura Sojangi, Luqman Hafidz, Rizz Amin, Cha Cha Maembong dan ramai lagi.

Selafaz Cinta bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).