Persembahan kumpulan Taman pada saingan program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) minggu lalu terus konsisten apabila mendapat pujian juri.

Pada saingan minggu ketujuh, Taman masih terselamat daripada penyingkiran.

Taman yang dianggotai Tauke Jambu bersama Man Posman berjaya menghiburkan juri dan penonton menerusi persembahan watak pengemis lakonan Man manakala Tauke sebagai orang Arab.

Pelakon kacak, Remy Ishak yang juga juri tetap MLM 2018 memberikan komen persembahan kedua anggota kumpulan ini cukup serasi.

"Keserasian antara mereka tidak boleh dipertikaikan lagi. Seorang bagi seorang lagi 'smash'," katanya yang memberikan 4 ‘ha’ kepada Taman.



Pada persembahan minggu keenam sebelum ini, Taman mendapat pujian juri Scha Alyahya yang berpandangan kumpulan itu begitu fokus dari awal hingga akhir persembahan.

Bagi cabaran dialet dan loghat pada persembahan minggu ketujuh, Remy juga menyatakan agak sukar untuk mencari kesilapan kumpulan Taman ketika membuat persembahan.

"Sampai hari ini sukar nak cari kesilapan daripada kumpulan Taman. Dari segi dialek saya pun tidak terfikir kumpulan Taman bawa konsep dari luar masuk ke sini," katanya.

Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak