Menerusi kemas kini terbaharu Instagram Andi, penyanyi lagu Satu Peluang itu seolah-olah memberikan bayangan sedang mengikat janji dengan seseorang.
"Bebi, janji kita apa bebi?" tulis Andi.
Bukan sekadar entri biasa apabila Afeefa turut membalas kapsyen terbabit dengan komen yang mencurigakan.
"Ingat! Janji kita... Selamanya," tulisnya.
Malah, pasangan itu saling berbalas komen antara satu sama lain.
"Kenapa lambat reply? You keluar dengan perempuan mana?" tulis Afeefa.
"I dont text and drive, so yeah I park kereta kejap kat tepi jalan semata benda ni," balas Andi.
Manakala, Andi juga tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen hampir di semua foto terbaharu Afeefa.