Keletah selebriti popular, Scha Alyahya dipuji ramai netizen apabila dia berkongsi sebuah video bergurau bersama seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) di Pusat Jagaan Titian OKU Nur beberapa hari lalu.

Perkongsian video itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

"Nak ball kena dance dulu," tulis Scha sebagai kapsyen.

Dalam video tersebut, Scha kelihatan bergurau bersama wanita itu dan mengajaknya untuk menari sebelum mendapatkan bola yang berada di tangannya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat isteri kepada Awal Ashaari ini.

"Comelnya.

"Cute okay!

"Comel je mak cik dengan Kak Scha berjoget," tulis netizen.

Nak ball must dance dulu, semalam masa shooting Mini Challenge. @addhopemalaysia @majalahremaja #dewiremaja1819

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on


Scha mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2006 dan berjaya membina popularitinya sehingga kini menerusi bidang lakonan dan pengacaraan.

Jangan lepaskan peluang menonton Dewi Remaja 2018/2019 yang dihoskan oleh Scha setiap hari Ahad pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).