Komposer DJ Fuzz meluahkan rasa sedih apabila menyaksikan semula video ketika anaknya bersama dengan anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Menerusi entri di Instagram (IG), DJ Fuzz atau nama sebenarnya Farwa De Attaher Emir berkongsi video semasa anaknya diberikan peluang untuk menaiki trak bomba.

"Innalillah. Bila aku tengok video ni aku rasa sedih sangat. Alfatihah.

"Dulu pernah jumpa dia sekali, masa bawak Jordan pergi naik Fire Truck. Oh my," tulisnya.

Innalillah... bila aku tgk video ni aku rasa sedih sangat. Alfatihah. . . Dulu pernah jumpa dia sekali masa bawak Jordan pergi naik Fire Truck. Oh my.

A post shared by DJ Fuzz (@officialdjfuzz) on


Rata-rata mengakui sedih serta terkesan dengan pemergian Adib dan mendoakan agar rohnya tenang disana.

Sebelum ini, Adib yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam Isnin lalu di Institut Jantung Negara (IJN).

Rata-rata pengguna laman sosial menggelarkan Muhammad Adib sebagai seorang wira negara kerana terkorban selepas dipukul teruk ketika melakukan tugas berkaitan insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, bulan lalu.