Pelakon Nad Zainal dan suami, Muhammad Faliq telah menyambut ulangtahun perkahwinan ketiga pada tahun ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Nad telah memuat naik foto bersama suaminya berserta ucapan ulang tahun perkahwinan mereka hari ini.

"Kita bercakau macam ghimau, itu dah biasa, itulah cinta. Tak tegur makna tak sayang. Banyak kali tegur bernanah telinga wei.

Kita bercakau macam ghimau, itu dah biasa,Itulah ♥️. Tak tegur makna tak sayang. Banyak kali tegur bernanah telinga wei! ? 18.12.2018 #faliqnad

A post shared by NZ (@nad.zainal) on


"Kita adalah pasangan berjiwa klasik terperangkap dalam dunia moden yang kadang-kadang teringin jadi hype beast.

"Sudah tiga tahun kahwin. Selamat Ulang Tahun buat kita," tulsinya.

Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan Nad dan Faliq.

Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama, Fahad Ibrahim Muhammad Faliq, 2.