Hujung minggu ini sepatutnya berlangsung majlis perkahwinan anggota bomba yang terkorban dalam rusuhan kuil, Allahyarham Muhammad Adib dan tunangnya, Nurul Najihah.

Namun, takdir telah tersurat. Adib pergi menghadap penciptaNya malam tadi.

Menerusi posting di laman sosial milik Nurul Najihah, gadis itu turut meluahkan rasa sayu atas kehilangan Adib.

"Al-Fatihah Kudip. Esok kita sama-sama cuti untuk balik kampung bagi perkahwinan kita.

"Ya Abang, kita balik. Kita balik sama-sama.

"Esok 18/12/2018 hari kita balik drive.

"Tapi orang balik juga dengan Abang, tapi Abang dalam keadaan kaki. Tenanglah kami. Setenang orang tengok kamu tadi," tulisnya di Instagram.



Sementara itu, gambar kad undangan perkahwinan pasangan itu turut tular di media sosial bersama tanda pagar #justiceforadib.




Adib dan Najihah sepatutnya berkahwin pada 22 Disember (Sabtu) di kampung halaman pasangan itu di Alor Setar, Kedah.

Selain meluahkan rasa sedih atas kehilangan wira negara itu, ramai yang turut bersimpati dengan hajat tidak kesampaian pasangan Adib dan Najihah.

Semoga kasih Adib dan Najihah bersemi di syurga abadi! Al-fatihah.