Pelakon Datin Elvina Mohamed berang rumah tangganya kini sedang diganggu oleh seorang perempuan yang bernama Fify Razak.

Merasakan tidak berpuas hati, Elvina bertindak memuat naik beberapa foto individu tersebut menerusi Instagram Stories miliknya.




Elvina juga memerli perempuan tersebut apabila terdapat foto dirinya menjadi orang ketiga kepada satu pasangan.



Walau bagaimanapun, sehingga kini Elvina belum memberi sebarang kenyataan mengenai isu tersebut.

Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan, Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac lalu dengan sekali lafaz.

Pasangan tersebut baru mendapat seorang cahaya mata lelaki, Karl Mateen pada 1 Disember.