Pemergian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, yang merupakan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) nyata memberi kesan kepada keluarganya.

Bagi datuk saudaranya, Mohd Shukor Osman, 53 tahun, segala persiapan perkahwinan Muhammad Adib ditangguhkan sejak beliau parah.

Muhammad Adib dijadualkan berkahwin pada 22 Disember ini bersama pasangannya, Nurul Najihah Mohd Radzi, 25 tahun.

“Sepatutnya kenduri sepupu dia dalam minggu ini pun dia balik. Sebab, barang-barang macam khemah, kerusi meja semua ini kita bawa ke rumah dia pula.

“Tapi, kali ini dia balik dengan keadaan yang tersendiri.

“Saya percaya dia balik kali ini dengan keadaan yang lebih baik. Kita pun belum tahu macam mana kita pulang nanti (meninggal dunia),” katanya.

Kerja-kerja menggali kubur bermula jam 1 pagi Selasa dan selesai sekitar jam 4 pagi.

Tambah Mohd Shukor, proses pengebumian bergantung kepada proses bedah siasat dan dijangka akan dikebumikan sebelum solat Zohor pada Selasa.

Sumber: Astro Awani