Pemergian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia malam tadi meninggalkan kesan mendalam terhadap seluruh rakyat Malaysia.

Adib yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam semalam di Institut Jantung Negara (IJN).

Selebriti tempatan juga turut sama meluahkan rasa sedih di atas pemergian Muhammad Adib.

Al-Fatihah Muhammad Adib ?

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun _ Ya Allah Ampunilah dia, berilah rahmat Ya Allah Ampunilah dia, berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (Surga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air es. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), pasangan yang lebih baik daripada pasangannya (di dunia), dan masukkan dia ke Syurga, jagalah dia dari siksa kubur dan Nerak

A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on

innalillah wainna ilaihirojiun. Thank you Adib. Our hero. may you rest in ALLAH's highest jannah. Takziah buat keluarga arwah. Thank you for raising a hero that protected us Malaysians. ??HEARTBREAKING.

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

Al fatehah.... Dari dia kita dtg Dari dia kita kembali. Semoga Arwah Muhammad Adib bin Mohd Kassim Bersama sama para kesygan Allah swt disana. Buat keluarga Arwah Takziah dan semoga tabah menghadapi dugaan ini...

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

Al-Fatihah. Semoga arwah Muhammad Adib bin Mohd Kassim ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Amin Ya Rabb . @ebitlew ・・・ Sebak pilunya hati ini. Hari tangisan buat seluruh Malaysia dan seluruh insan didunia. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..Semoga Allahyarham Muhammad Adib b Mohd Kassim..anggota bomba yang syahid dipukul kerana sedang menjalankan tugas ingin menyelamatkan manusia. Ya Allah anugerahkanlah pahala syahid buat dirinya..bangkitkannya bersama Nabi-nabi dan Syuhada. Ya Allah letakkanlah dirinya dalam syurga FirdausMu..yaAllah buat seluruh ahli keluarganya berilah ketabahan dan kekuatan. Jagalah seluruh ahli keluarganya..sayangilah dan berilah rahmat kasih sayangMu.. Tak pernah terfikir begini jadinya di Malaysia..anggota bomba nak padam api kena begini...bomba bukan bawa senjata. Bawa air sampai begini mereka kerjakan. Pembunuhan kejam..setiap yang menjadi penyebab perlu diberi balasan seberat-beratnya. Tiada hati manusia yang ada perasaan tidak bersedih hari ini.. Ya Allah ya Hayyu Ya Qoyyum ya Aziz Al Jabbar Al Mutakabbir hanya padaMu kami mengadu. Siapa sahaja yang menjadi sebab berilah mereka pengajaran sebenarnya. Hanya padaMu kami bermohon. Kaulah sebaik-baik yang akan mengadili nanti..-ebitlew

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on


Artis seperti Mark Adam, Heliza Helmi, Ummi Nazeera, Datin Alyah, Norman Hakim, Saharul Ridzwan dan Fauziah Ahmad Daud antara selebriti tempatan yang berdukacita dan mendedikasikan ucapan takziah mereka menerusi laman Instagram masing-masing.

BACA: Muhammad Adib Meninggal Dunia

Menerusi pemerhatian di media sosial, hashtag #Justice4Adib menjadi trending di laman Twitter.

Netizen turut meluahkan rasa sedih atas pemergian Muhammad Adib dan berharap agar pesalah yang diberikan hukuman setimpal.

Rata-rata pengguna laman sosial menggelarkan Muhammad Adib sebagai seorang wira negara kerana terkorban selepas dipukul teruk ketika melakukan tugas berkaitan insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, bulan lalu.