Berita baik buat BTS Army! Ketua Pengarah Eksekutif syarikat penerbangan tambang murah Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan kehadiran bintang Korea itu ke Malaysia.

Khabar gembira itu dinyatakan Tony menerusi entri terbaharu di Instagramnya.

"With my @bts.bighitofficial bag and a fan of @officialqpr. Yuna is super happy after QPR’s big win. BTS coming soon to @stadiummalaysia_official," tulisnya.

With my @bts.bighitofficial bag and a fan of @officialqpr. Yuna is super happy after QPR’s big win. BTS coming soon to @stadiummalaysia_official

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes) on


Posting terbabit mendapat reaksi mengujakan daripada peminat BTS di Malaysia malah ramai yang sudah tidak sabar menantikan kehadiran kumpulan kesayangan ramai itu.

Malah, ramai yang mengharapkan Tony tidak memberikan harapan palsu buat peminat BTS.

BTS sebelum ini pernah mengumumkan akan mengadakan siri konsert jelajah ke beberapa negara Asia namun Malaysia tidak termasuk dalam senarai itu.

Filem dokumentari BTS, Burn The Stage mendapat sambutan luar biasa sejak ditayangkan November lalu.

Malah, di Malaysia sendiri fenomena BTS bukan suatu yang asing lagi! Apapun, kita tunggu dan lihat.