Menerusi entri di Instagram (IG), Julia telah diraikan oleh rakan-rakannya dan ahli keluarga terdekat dalam sebuah majlis yang meriah.
"Little J is on the way. J&J baby shower," tulisnya ringkas.
Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Julia dan bayinya sentiasa sihat.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat anaknya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler diijab kabulkan dengan jurutera mekanikal yang hanya dikenali sebagai Johan pada 1 Januari tahun lalu.
Di sini kami kongsikan foto-foto menarik sepanjang majlis ‘baby shower’ Julia Ziegler: