Kapten pasukan bola sepak Malaysia, Mohd Zaquan Adha berkongsi sebuah video untuk melahirkan rasa terima kasih kepada penyokong setia Harimau Malaya.

Video itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Zaquan menyifatkan sepanjang perlawanan AFF Suzuki 2018 adalah pengalaman yang berharga buat dirinya selama bergelar pemain bola sepak.

"Alhamdulillah. Such a Precious Experience A long the Aff Suzuki 2018 tournament journey Thank You Allah!!

"Tq friends/teammates ,coaches atas peluang dan kerjasama terbaik. Pengalaman yang paling terindah sepanjang bergelar Pemain Bola Sepak.

"Terima kasih atas sokongan seluruh menyokong Harimau Malaya. Kami telah melakukan yang Terbaik.

"Syukur Alhamdulillah Rezeki Allah sampai ke tahap ini. Mohon ampun dan maaf kekurangan dari saya Zaquan Adha selaku captain Malaysia yang terbaik hanya datang dari Allah SWT," tulis Zaquan.

Rata-rata pengikut yang melihat video tersebut mengakui berasa sedih serta berjanji akan sentiasa menyokong pasukan Harimau Malaya.



Sekadar info, Skuad Harimau Malaya tewas pada saingan akhir kedua Piala AFF menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi dengan keputusan agregat 3-2, Sabtu lalu.

Alhamdulillah ? Such a PRECIOUS Experience A long the AffSuzuki2018 tournament journey Thank You Allah!! Tq friends/teammates ,coaches atas peluang dan kerjasama terbaik. pengalaman yang paling terindah sepanjang bergelar Pemain Bola Sepak. Terima kasih atas Sokongan seluruh menyokong Harimau Malaya. Kami telah melakukan yang Terbaik. Syukur Alhamdulillah Rezeki Allah sampai ke tahap ini.Mohon ampun dan maaf kekurangan dari saya Zaquan Adha selaku captain Malaysia yg Terbaik hanya datang dari Allah SWT ? ??????

A post shared by zaquan adha (@zaqone_08) on