Segelintir berpandangan artis menang anugerah laku di pasaran tapi ada juga merasai pengalaman anugerah tanpa nilai apa-apa.

Perasaan tersebut dikongsi pemuzik berpengalaman, Edrie Hashim yang mengatakan pada masa kini segelintir melihat anugerah mahupun pencapaian yang diraih suatu yang kosong.

"Zaman sekarang awards and achievements means ZERO to some... Ada yg perli ada yg kutuk lagi... I would agree, it means NOTHING...BUT then.. its like amek periksa dalam kelas la.... org tu periksa selalu dapat no 1, dan ko tak penah pon langsung lulus... ko perli lak kata kau lagi terer, just becos kau pandai Math," katanya dalam satu status terkini yang dikongsi menerusi Instagramnya, @edriehashim.

#throwback #5yearsago #today AIM Best Rock Song 2013. “Dibawah Gerbang Skaea” by @aku.amysearch . Lagu: Edrie Hashim / Lirik: Buddhi Hekayat ... ???????? Zaman sekarang awards and achievements means ZERO to some... Ada yg perli ada yg kutuk lagi ?... i would agree, it means NOTHING...BUT then.. its like amek periksa dalam kelas la.... org tu periksa selalu dapat no 1, dan ko tak penah pon langsung lulus... ko perli lak kata kau lagi terer, just becos kau pandai Math.. ??? agak2 la jack... Periksa dapat no 1 dulu la... (at least sekali..) baru ckp bnyk.. ???#giverespectwherererespectisdue #anakmudazamansekarang #brocakapjer #happysunday

A post shared by Edrie Hashim (@edriehashim) on


Menariknya, Edrie juga berkongsi gambar satu trofi anugerah yang pernah dimenanginya iaitu anugerah Lagu Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 2013.

Anugerah itu diterimanya menerusi lagu Di Bawah Gerbang Skaea ciptaannya bersama Buddhi Hekayat yang dinyanyikan oleh Amy Search.

Netizen di media sosial juga memberi komen pada status itu sebagai menyokong karier pemuzik terkenal itu.

"Sebut nama @edriehashim merangkumi dua benda. Terbaik dan popular," kata netizen yang dikenali sebagai @hankhalief.

Netizen @ahoi_91 pula terus memberikan semangat pada Edrie untuk meneruskan karier seninya.

"Mseh blm terlambat.. congratulations brotha.. teruskan berkarya n terus maju," katanya,

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @edriehashim