Pasangan selebriti, Datuk Fizz Fairuz bersama isteri, Datin Almy Nadia selamat menimang cahaya mata ketiga, malam tadi.

Berita gembira itu dikongsi Fizz menerusi akaun Instagramnya, @fizzfairuzofficial.

"Alhamdulilah.. isteri saya dah selamat bersalin anak kami yg no 3.. terima kasih atas semua yg mendoakan .. amin," katanya.

Statusnya turut menerima ucapan tahniah daripada ramai peminat.

Alhamdulilah.. isteri saya dah selamat bersalin anak kami yg no 3.. terima kasih atas semua yg mendoakan .. amin.. @fizzalmy @che.meen

A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on


Menurut laporan Berita Harian, Almy bersalin di sebuah hospital swasta di Setapak, Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 malam secara normal.

Fizz berkongsi detik terindah itu apabila bayi seberat 3.31 kilogram itu pada mulanya berada dalam kedudukan songsang dan Almy berkemungkinan terpaksa menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, bayi mereka selamat dilahirkan tanpa perlu pembedahan.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @fizzfairuzofficial