Juara Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid, 27 akhirnya selamat bertunang dengan seorang ahli perniagaan semalam.

Sufie atau Nama sebernarnya Mohammad Sufie Rashid mengikat tali pertunangan dengan pengasas produk makanan Krispy Krunchee Nurulain Md Yusof.



Difahamkan, majlis pertunangan itu hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat yang diadakan secara sederhana atas permintaan keluarga pasangan tersebut. Majlis yang bermula selepas Isyak menyaksikan dulang hantaran enam berbalas tujuh.

Antara barangan yang dijadikan hantaran termasuklah sebentuk cincin pertunangan, manisan, set kelengkapan wangian dan pakaian.



Selepas berbincang antara kedua-dua belah pihak keluarga Sufie dan Ain maka dipersetujui tempoh pertunangan kedua-dua mereka adalah setahun.

Mereka juga menetapkan wang hantaran perkahwinan sebanyak SGD10,000 serba satu.



Sufie dan Ain berkenalan pada penghujung 2016 sebelum mereka mengambil keputusan untuk melangsungkan majlis pertunangan.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: @aqoimran @badrulazhar_ @7pixelstudio