Kejayaan filem Polis Evo 2 meraih kutipan pecah panggung melebihi RM20 juta suatu yang membanggakan pada industri perfileman tanah air.
Dibintangi oleh Zizan Razak dan Shaheizy Sam selalu pelakon utama, filem ini membawa kisah bagaimana dua anggota polis iaitu Inspektor Sani dan Inspektor Khai ditugaskan melaksanakan misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di Pantai Timur.
Bagaimanapun, situasi berubah apabila sekumpulan pengganas diketuai Hafsyam Jauhari lakonan Hasnul Rahmat menyerang dan menawan pulau tersebut.
Keadaan menjadi lebih getir apabila Sani dan Khai terpisah dan Sani ditangkap pengganas yang turut menahan 200 tebusan sementara Khai masih terperangkap di dalam kawasan kampung di pulau itu.
Bersama pegawai polis bernama Rian dan empat anggota pasukan khas yang dihantar ke sana, Khai dan Sani berusaha menumpaskan Hafsyam dan membebaskan tebusan berkenaan.
Banyak filem tempatan mengenai kisah polis mahupun askar termasuk Paskal dipertontonkan sebelum ini dan ia seolah suatu yang segar menonton filem yang membawa kisah misi menyelamatkan tebusan.
Meskipun pengarah dan penulis skrip Polis Evo 2 tidak menyatakan inspirasi filem tersebut daripada filem lain tetapi misi menyelamatkan tebusan yang sebenar yang pernah berlaku di negara ini mungkin menjadi rujukan pada plot filem ini.
1. Krisis tebusan AIA (1975)
Apa yang berlaku:
Pada 5 Ogos 1975, lima anggota Tentera Merah Jepun (JRA) bertindak menawan bangunan American International Assurance (AIA) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang ketika itu menempatkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dan Sweeden. Seramai 50 orang menjadi tebusan.
Pihak JRA meminta kerajaan membebaskan beberapa pemimpin mereka yang dipenjarakan dan mahu membunuh tebusan termasuk pegawai konsulat AS dan Timbalan Duta Sweeden.
Krisis tersebut berlarutan selama 5 hari termasuk Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tun Ghazali Shafie terbabit dalam rundingan drama tebusan itu.
Bagaimana ia berakhir?
Ia berakhir dengan aman. Walaupun tidak dilaporkan berapa ramai yang cedera tetapi difahamkan ada anggota polis cedera ketika di awal krisis itu berlaku.
Selepas 5 hari rundingan diadakan, kerajaan Jepun bersetuju membebaskan lima pemimpin JRA yang dihantar menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur.
Bagi memastikan keadaan selamat, Timbalan Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Ramli Omar dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Osman Samsuddin Cassim bertindak melakukan pertukaran dengan pengganas sebagai tebusan.
Apabila kapal terbang tersebut mendarat di Kuala Lumpur, pengganas berkenaan menaiki pesawat bersama pemimpin mereka sebelum terbang ke Libya.
Ramli dan Osman kemudian dibebaskan pada 10 Ogos.
2. Tebusan Penjara Pudu (1986)
Apa yang berlaku:
Dianggap sebagai kes tebusan berprofil tinggi yang berlaku di Penjara Pudu, Kuala Lumpur pda 17 Oktober 1986. Penjenayah dari Singapura bernama Jimmy Chua bersama lima banduan lain bergegas ke klinik penjara dan menjadikan dua pegawai perubatan sebagai tebusan.
Menggunakan tumit kasut yang tajam dan beberapa senjata lain yang diubah suai, mereka meminta pihak kerajaan menurunkan hukuman yang dikenakan ke atas mereka.
Chua dipenjarakan atas kesalahan membunuh pegawai polis meminta pihak berkuasa penjara membebaskannya manakala rakannya mahu kereta dan wang.
Drama tebusan yang berlangsung selama 6 hari yang dijangka berlarutan akhirnya menyaksikan polis meraih peluang terbaik untuk menyelesaikan kes tersebut.
Bagaimana ia berakhir?
Pada 22 Oktober, Unit Tindakan Khas (UTK) diketuai ACP A. Navaratnam berjaya masuk ke dalam klinik tersebut dengan bantuan pesakit yang kemudian memberi isyarat kepada pasukannya ketika Chua bersama tebusan sedang tidur.
Penjenayah berkenaan berjaya ditangkap. Tiada kecederaan dilaporkan dan menariknya, pasukan UTK hanya bertindak dengan menggunakan baton dan rotan buluh sepertimana mengikut arahan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu kes tersebut diselesaikan tanpa pertumpahan darah.
3. Rampasan MV Bunga Laure
Apa yang berlaku:
Pada 20 Januari 2011, kapal tangki tempatan iaitu MV Bunga Laurel diserang sekumpulan lanun Somali di kawasan 300 batu nautika timur Muscat, Oman.
Pada masa itu, kapal berkenaan membawa minyak pelincir bernilai RM30 juta. Tujuh daripada 18 lanun itu yang bersenjatakan senapang rifles AK-47 manakala 23 kru pekerja dari Filipina terperangkap di atas kapal tersebut.
Sebelum kru kapal terbabit berundur ke tempat keselamatan yang direka khas untuk bersembunyi, mereka mengaktifkan Sistem Pemberitahuan Keselamatan Kapal dan bertindak memotong punca kuasa lampu kapal dan enjin utama.
Kapal perang milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KA Bunga Mas Lima menerima panggilan kecemasan tersebut dan bertindak menerusi helikopter sebelum 14 anggota pasukan Paskal masuk ke dalam kapal itu.
Bagaimana ia berakhir?
Selepas semalam berada di belakang kapal tangki itu, kapal KA Bunga Mas Lima kemudian menghantar dua bot yang membawa 14 komando menaiki kapal tangki itu bersama helikopter Fennec yang melakukan peninjauan dan tembakan udara.
Lanun dengan komando bertempur sengit sementara kapal lanun yang berada berdekatan kapal MV Bunga Laurel melarikan diri.
Akhirnya pasukan keselamatan berjaya merampas semula kapal tangki itu tanpa sebarang kecederaan dilaporkan. Mereka berjaya menahan 4 lanun dan menyelamatkan 23 kru kapal berkenaan.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Shaw, Iluminasi, BBC, Star2, YouTube/KES, blogspot/Malaysia Military Power, blogspot/Malaysian Team Respond, blogspot/mediamanjung
Elrafaei Sapi
Sat Dec 15 2018
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Tular Foto Bersama Sarah Yasmine, Ini Respons Anna Jobling - “Kami Berjumpa Pertama Kali Dekat…”
Gara-gara tular gambar bersama kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz, pelakon Anna Jobling bagaimana tidak menafikan mahupun mengiyakan mengenai dakwaan dirinya kawan baik wanita bernama Sarah Yasmine itu.
Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev