Siapa kata budak perubatan asyik belajar je? Memecahkan skeptikal, sekumpulan mahasiswa daripada Fakulti Perubatan Universiti

Teknologi Mara (UiTM) menunjukkan bakat mereka menerusi sepotong video yang sedang viral di media sosial.

Dalam rakaman terbabit, kumpulan pelajar itu beraksi penuh energetik dan lincah menari sempena pertandingan Aerodance Medic Intervarsity Games 2018.

Berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini, video yang tular itu menarik minat penyanyi antarabangsa Yuna yang akui teruja.

Selain memuji kehandalan kumpulan pelajar perubatan itu, Yuna turut menyeru Jennifer Lopez untuk menyaksikan video terbabit di Twitter.

Dalam rakaman video yang tular selama seminit lebih itu, kumpulan pelajar itu menari dalam versi aerobik menggunakan lagu latar On The Floor dan Idol (BTS).

Bagaimanapun, menerusi versi penuh selama 7 minit, anda boleh melihat 'bakal doktor' itu menari berlatarkan lagu-lagu hits lain termasuk lagu Bollywood!

Sehingga kini, video yang tular di Twitter milik koreografer pasukan itu telah diulang kicau sebanyak 29,000 kali dan mendapat tanda likes lebih 30,000 pengguna.

Oh! Difahamkan pasukan pelajar perubatan itu juga memenangi pertandingan tarian aerobik itu. Tahniah...

Jom layan!