Pelakon Yana Samsudin berkongsi beberapa tips untuk berhadapan kerenah anak yang sedang mengamuk atau tantrum.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Menurut Yana, ibu bapa tidak harus berasa tertekan melihat kerenah tantrum anak mereka sebaliknya perlu berasa tenang dan memujuk dengan cara yang betul.

"Tips pertama, jangan panik, enjoy the moment, yang penting zaman kanak-kanak mereka akan datang sekali je, kita akan rindu zaman dia tantrum.

"Kedua, kita kena tanya apa yang sebenarnya mereka mahukan, mungkin dia nak luah sesuatu.

"Selain itu, kita kena alihkan perhatian mereka dan tanya sebab mengapa mereka merungut dan buat hal macam tu.

"Yang paling penting, jangan ada rasa malu dan stress, kenapa nak rasa malu kalau orang pandang, lantak lah, diorang pun pernah kecil juga dulu," tulisnya sebagai kapsyen.

Di entri tersebut, Yana memuat naik gambar anak lelakinya Aisy Mateen yang sedang menangis dan bergulis di atas lantai di sebuah pusat beli belah.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dari kaum ibu turut berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan anak yang mempunyai kerenah yang sama.

"Terbaik, saya suka penjelasan bab anak tu, yang penting kita enjoy the moment, cakap je yang baik baik dan jangan malukan mereka depan orang ramai.

"Saya setuju sangat dengan tips ni.

"Perkongsian info yang bagus," tulis netizen.

Bila ko tahu anak tengah berdrama... . . Kami jadi penonton tiket paling mahal... . . Kihkih... Ok lah, @aisymateen start tantrum guling guling badan masa bulan puasa tahun lepas lagi masa umurnya 1 tahun setengah.. sedikit awal dari jangkaan untuk budak lelaki. 1st time masa tu kat expo Singapore. Dia guling guling sambil nangis.. nasib hall expo tu carpet.. masa 1st time dia jadi macam tu saya cepat cepat ambik video rakam aksi dia lepas tu terus suruh daddy dia bawa dia dari situ..huhuhu . . Ya, tipsnya bila anak tantrum. 1st : Jangan panik , enjoy the moment. Comel kot keletah dia, guling macam kipas helikopter kat lantai... paling penting ialah zaman kanak kanak anak kita datang sekali aja, lepas tu dia dah dewasa kita akan rindu zaman dia tantrum. . . 2nd : Layan layan sayang. Dia nak berdrama kita pun layan drama ler... hahaha tengok dia berlakon dan nangis macam nak runtuh banggunan. Kita kena jadi penonton tiket kelas A lah. Hahaha buat apa nak marah. Just bagi amaran dulu dan cakap dengan dia. Tanya dia apa yang dia nak... mungkin dia nak luahkan sesuatu. Nak sesuatu kita tak layan ke. Tapi ter emosi lebih tu yang guling guling tu. . . 3rd : Alihkan perhatian dia. Jangan biarkan dia lama lama berdrama. Ambik dia cepat cepat alihkan perhatian dengan cara bawa ke tempat lain. Peluk dengan penuh kasih sayang.Dan pandai cungkil perbualan dengan dia. Tunjuk apa yang dia suka. Automatik senyap punya, mood berubah dan dia akan mulakan perbualan punya. . . 4th : Seterusnya bila dia dah senyap, bagitau lah apa kesalahan dia, tanya dia kenapa buat macam tu. Terangkan situasi apa yang patut dengan dia apa yang fia buat tak betul kerana......... . . . 5th : Yang paling penting jangan ada rasa malu dan stress lah. Kenapa nak rasa malu orang pandang kita bila anak kita melalak.. lantak lah. Dia dulu pun pernah kecik juga kihkih... . . Ok lah anak kalian trantrum start umur berapa? #tipsbolehgunapakai #MateenDanMommy #yanalifehack

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on


Yana dan suaminya Fadzil Zahari mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan Aisy Mateen kini telah berusia dua tahun.