Siapa lagi yang lebih kenal perangai suami kalau tidak seorang isteri. Buruk baik mereka, para isterilah yang menjadi tulang belakang dan orang yang berada di sisi.

Itulah yang diceritakan serba sedikit oleh Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid tentang perangai suaminya, Dato' Sri Aliff Syukri Kamarzaman.

Walau ramai yang memandang hanya kepada keburukan, seorang isteri lebih tahu sikap seorang suami.

"Dulu baru-baru kahwin kalau ada 30 hari dalam sebulan, 25 hari kita orang gaduh. 5 hari je baik. Dulu gaduh je lari rumah la tak balik tunggu suami pujuk, tapi sampai ke sudah tak pujuk lepas tu balik sendiri.

"Lepas tu boleh tanya kenapa you tak pujuk I, dia jawab siapa suruh lari bukan I halau pun." tulis Shahida disatu entri di Instagram beliau.

Kata Shahida, selepas itu dia tidak lagi melarikan diri bila bergaduh kerana sudah tahu memang tidak ada orang yang akan pujuk.

"Bukan senang nak kahwin ni, nak dapat keserasian pun susah. Tapi Aliff Syukri selalu ajar saya ambik kertas tulis keburukan dan kebaikan pasangan masing-masing. Kalau kebaikan lebih banyak dari keburukan kenapa yang buruk sikit tu dipandang, sebab semua orang ada buruk.

"Kita tak sempurna. Kahwin bukan nak cari yang sempurna tapi untuk menyempurnakan sebuah keluarga," tulisnya lagi.

Tulis Shahida dalam nada berjenaka, selepas 11 tahun perkahwinan, mereka sudah semakin kurang bergaduh. Mungkin dari 25 hari sebulan dah jadi 15 hari sebulan.

Dulu baru2 kahwin kalau ada 30 hari dalam sebulan, 25 hari kita orang gaduh..5 hari je baik.......?dulu gaduh je lari rumah la x balik tunggu suami pujuk...tapi sampai ke sudah x pujuk lepas tu balik sendiri.....lepas tu boleh tanya kenapa u x pujuk i...dia jawab siapa suruh lari bukan i halau pun...lepas tu dah x lari dah sbb dah tau mmg x de orang nak pujuk? . Bukan senang tau kahwin ni.....nak dapat keserasian pun susah...... tapi @aliffsyukriterlajaklaris selalu ajar saya ambik kertas tulis keburukan dan kebaikan pasangan masing2......kalau kebaikan lebih banyak dari keburukan kenapa yg buruk sikit tu dipandang.....sebab semua orang ada buruk...kita x sempurna..kahwin bukan nak cari yg sempurna tapi utk meyempurnakan sebuah keluarga.. . Lepas 11 tahun kita dah kurang gaduh dari 25 hari gaduh sebulan dah jadi 15 hari sebulan??? kan @aliffsyukriterlajaklaris

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on