Juri Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Tya Arifin mengakui sekarang merupakan masa yang tepat untuk dirinya hamil anak kedua.

Menurut menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia dan suami, Asyraf Khalid sudah bersedia dan tidak merangcang tunggu lama-lama menimang cahaya mata seterusnya.

"Alhamdulillah ini merupakan rezeki bagi kami untuk mendapatkan anak kedua.

"Kami memang tidak bercadang untuk tunggu lama-lama untuk anak seterusnya kerana sekarang merupakan masa yang tepat untuk Arif dapat adik.

"Insya-ALLAH bila lahir anak kedua ini nanti Arif sudah berusia dua tahun lebih.

"Saya juga tidak mengalami sebarang alahan yang teruk kali ini berbanding ketika mengandungkan Arif dulu," katanya kepada Gempak.

Tya berkata demikian ketika ditemui pada majlis hari jadi Harum Dahlia di De'Laman Event Space, Shah Alam, pada Rabu.

Tya dan Asyraf telah bernikah pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arif Jiwa.

Jangan lupa menyaksikan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 yang bersiaran setiap Jumaat pada pukul 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan 'on demand'.