Pelakon jelita Mira Filzah berkongsi dia lebih sukakan lelaki yang tidak merokok dan menjaga solat.

Perkongsian tersebut diceritakan oleh Mira menerusi salah sebuah entri di laman sosial Instagram miliknya.

Menerusi entri terbabit, Mira memuat naik video sedutan adegan drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan yang sedang ditayangkan di Astro Oasis dan Maya HD.

Membawa watak seorang gadis bernama Naira, Mira bergandingan dengan aktor Remy Ishak yang membawa karakter Raid.

“Syarat pertama, berhenti merokok. Syarat kedua, jaga solat. Jaga solat awak, jaga solat saya, jaga solat anak anak. Sebab itu amalan yg kita bawa ke akhirat nanti”, Naira.

"Syarat pertama dan kedua ni bukan syarat Naira je, tapi kalau Mira sendiri pun, Mira prefer someone yang tidak merokok, (and yes of course) jaga solat. Sebab Abah Mira, abang ipar Mira pun tidak merokok," tulis Mira.

“Syarat pertama, berhenti merokok. Syarat kedua, jaga solat. Jaga solat awak, jaga solat saya, jaga solat anak anak. Sebab itu amalan yg kita bawa ke akhirat nanti”, - N A I R A . . Syarat pertama dan kedua ni bukan syarat Naira je, tp kalau Mira sendiri pun, Mira prefer someone yg tidak merokok, ???‍♀️ (and yes of course) jaga solat. Sbb Abah Mira, Abg ipar Mira pun tidak merokok. ??? . . ??✨??‍♀️ #LelakiKirimanTuhan Scene ni shoot dan wrap pada jam 530 pagi ya. ? (Cc @rashidsibir)

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on


Di ruangan komen, ada netizen yang bergurau dengan Mira dan mengatakan mereka sudah mula berhenti merokok selepas membaca kapsyen yang ditulis Mira.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan disiarkan setiap hari Isnin, pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).