Penyampai radio Era, Instafamous dan kini seorang pelakon, Jaa Suzuran menjadi perhatian di Instagram apabila dia memuat naik sebuah video beliau menanggalkan seluar jeans yang dipakainya.

Pada caption untuk video tersebut, Jaa menjelaskan bahawa penggambaran terpaksa diberhentikan seketika kerana lutut beliau yang berlubang akibat kemalangan melecet kerana bergesel dengan seluar jeans yang dipakainya.

Jaa juga memohon supaya jangan dikecam dan supaya netizen memahami kesakitan dirinya. Dia hanya mahu berkongsi dengan semua.

Shooting berhenti sekejap tadi sebab lutut abe jaa berlubang haritu melecet sebab gesel dengan jeans . Sekali Mak Yong Kampung Ulu Chemor ni datang bawak spray apa entah nak spray sikit kata nya sekali ni haa jadi ? #AbeJaaKatPerak #UluChemor

A post shared by Jaa ERA (@jaasuzuran) on


Bagaimanapun, ramai netizen tidak bersetuju dengan tindakan beliau.

Seorang netizen @shamsuri_bakri menulis, "kurang2kan nak pose aurat2... benda mudah paling senang nak jaga... kalau kat set biar kat situ je nampak... tak perlu nak upload... yang mana salah kita betulkan... benda basic..."

Teguran tersebut tidak menimbulkan kemarahan Jaa malah beliau membalas komen tersebut dengan baik.

"Okay bang, tq" ringkas jawapan Jaa.

Jaa kini sedang menjalani penggambaran di Kampung Ulu Chemor, Perak.